SELAMAT DATANG

TERIMAKASIH ATAS KUNJUNGANNYA

Rabu, 02 Mei 2012

Hati2 Barang2 dari Kulit Babi


Cara Mengenal Barangan Kulit Babi ( Kulit Khinzir )

by Dunia Maklumat on February 27, 2012
Dimasa kini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.
Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.
Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.
Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN titik-titik membentuk segitiga.
Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.
Perhatikan bintik-bintik yang dibulat
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut danbeg tangan.
Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. tiga titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalaukasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab strukturkulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda?

Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya?
Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

Antara barangan berkemungkinan mempunyai kulit babi.

Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati beberapa industri mengunakan kulit babi. Antaranya :

Kasut.
Bag.
Tali pinggang.
Dompet.
Sandal lelaki
Barangan kulit yang lain.

Saya harapkan penguatkuasa yang terlibat seharusnya mengharamkan terus barangan darikulit babi ini dari memasuki pasaran di Malaysia.
Supaya tidak ada pengguna membeli dan menggunakan barangan dari kulit babi ini. Bukan semua orang tahu untuk menilai barangan tersebut dari kulit babi atau pon tidak.
Langkah terbaik, sebelum membeli, tanya salesman, check simbol segi tiga tersebut dan buat sedikit kajian tentang produk kulit babi ini.

Penggunaan Kulit Binatang Dari Sudut Islam


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ فَقَالُوا إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا

Ertinya: daripada Ibn Abbas dia berkata bekas hamba Maimunah telah menyedekahkan seekor kambing, lalu kambing itu mati dan Rasulullah melalui tempat itu lalu bersabda “mengapa tidak kamu ambil kulitnya,
kemudian disamak lalu menfaatkannya (menggunakannya)”, justeru mereka berkata ianya adalah bangkai maka nabi bersabda ianya hanya haram jika memakannya.
Takhrij hadith: Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim, di dalam kitab al-haid pada bab menyucikan kulit bangkai dengan menyamak, halaman 190.

Fiqh Al-hadith

Bangkai di dalam bahasa arab disebut al-mayyitah yang diertikan sebagai mati tanpa disembelih.
Dikalangan ulama fiqh pula memberi maksud haiwan yang mati dengan sendiri tanpa sembelihan secara syar‘i dan campur tangan manusia.
Berdasarkan dari ayat 3 surah al-Maidah, enam jenis kematian yang dianggap sebagai bangkai dan haram dimakan iaitu:
1. Haiwan yang disembelih bukan kerana Allah
2. Haiwan yang mati kerana dicekik
3. Haiwan yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya
4. Haiwan yang jatuh dari tempat tinggi sehingga menyebabkan kematian
5. Haiwan yang bergaduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan kematian
6. Haiwan yang diterkam oleh binatang buas dan dimakan sebahagian badannya yang menyebabkan kematiannya
Berdasarkan hadith yang telah dibawakan, Islam mengharamkan untuk memakan bangkai kerana jika dilihat pada punca kematian haiwan tersebut yang tidak boleh diterima oleh akal manusia yang sihat untuk memakannya,
contohnya pengharaman memakan lebihan dari binatang buas yang secara terang menunjukkan ketinggian kedudukan manusia berbanding dengan haiwan sehinggakan diharamkan memakan sisa-sisanya,
dan contohnya haiwan yang bergaduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan kematian,
jika kita lihat pada kebiasaan permainan beradu haiwan yang tidak menunjukkan belas kepada haiwan tersebut sedangkan Islam mengajar untuk bersikap ihsan walaupun ketika hendakmenyembelih haiwan.
Jika dilihat juga pada haiwan yang mati dengan sendiri berkemungkinan disebabkan keracunan dan tidak terjamin dari aspek keselamatan jika manusia memakan haiwan yang mati keranakercunan tadi.
Haiwan yang mati tanpa disembelih duhukum sebagai bangkai tetapi kulitnya tetap boleh digunakan dengan syarat telah menyamaknya terlebih dahulu.
Berdasarkan hadith di atas juga menunjukkan bahawa pengharaman bangkai hanya untuk memakannya tetapi untuk memanfaatkan kulit seperti bulu dan tanduk bangkai tersebutbukanlah sesuatu yang haram malah boleh jadi ianya diperlukan untuk sesuatu kegunaan yang penting seperti digunakan sebagai tempat menyimpan makanan, sebagai perhiasanatau dijadikan sebagai pakaian.
Oleh itu, ianya tidak harus disia-siakan begitu sahaja dengan syarat kulit bagkai tersebut mesti disamak terlebih dahulu untuk menyucikan dari sebarang kekotoran sebelum digunakan.
Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“sekiranya telah disamak mana-mana kulit maka sesungguhnya ia telah suci.”
Berdasarkan hadith ini, Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat bahawa hadith ini adalah umumdan menunjukkan semua kulit yang telah disamak dihukumkan suci termasuklah kulit anjing dan babi.
Haiwan yang halal dimakan seperti lembu dan unta semua anggotanya adalah halal, jika terpisah dari badannya atau mati bukan kerana disembelih maka ianya menjadi bangkai
kecuali bulu dan kulit tersebut adalah najis kecuali dengan menyamaknya. Manakala haiwan yang halal dimakan dan disembelih, kulitnya juga halal.
Pada waktu ini, penggunaan kulit babi dan bulunya malah organnya juga semakin banyak disebabkan oleh faktor harganya yang lebih murah berbanding haiwan yang lain dan paling mudah untuk didapati.
Kasut-kasut dan bag tangan yang dibuat daripada kulit babi juga mendapat tempat di pasaran negara ini,
Jika difokus kepada kasut yang menggunakan kulit babi kerana ia mempunyai harga yang lebih murah berbanding kasut yang tidak menggunakan kulit babi.
Berbalik kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Muslim tersebut yang bersifat umum,ulama’ Syafi‘e telah “mengecualikan” kulit anjing dan babi yang mana tetap najiswalaupun setelah disamak.

Cara untuk membersihkan kulit haiwan

1. Dengan cara menyamak iaitu menghilangkan segala lendiran dan kelembapan yang terdapat pada kulit yang akan menyebabkan kerosakan pada kulit tersebut.
2. Dengan menggunakan bahan yang kesat seperti daun akasia (qarazh), manjakani (afsh), kulit delima (qusyur al-rumman), tawas (al-syabb) dan sebagainya.
3. Bahan yang digunakan dapat mengeringkan kelembapan kulit, menghilangkan kotoran dan menghilangkan baunya walaupun bahan yang digunakan bukan benda yang suci seperti najis merpati.
4. Menggunakan kaedah dengan hanya menjemur kulit tersebut dibawah terik matahari dan melumur dengan tanah adalah tidak memadai kerana cara tersebut tidak mampu membuang segala kotoran.
Ini dibuktikan sekiranya kulit tadi direndam di dalam air, ia akan menjadi bau busuk semula.
Setelah kulit dibersihkan bolehlah digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Oleh itu hati-hati sekiranya anda mahu memakai,mengunakan atau membeli barangan yang terdapat padanya kulit babi.InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.
susunan : DuniaMaklumat.Com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar